Thursday, November 25, 2010

Masalah Khilafiyah: Bahagian XI ; Fasal Talkin Mayat Sesudah ditanam

Masalah talkin ini sama-sama kita ketahui iaitu satu-satunya masalah yang telah lumrah yang terkenal di kalangan umat muslimin. Ianya telah diamalkan di nagara kita ini sudah ratusan tahun. Tapi masih ada yang RAJIN nak mempertikaikan hukumnya. Kali nie aku tak berhasrat nak salin semua sekali sebab panjang sangat. Aku akan quote trus dalil-dali yang diambil dari hadis, Al-Quran serta ijtihad ulama dari kitab yang sahih bermula dari muka surat 35.


Pertama, erti Talkin:
Talkin ertinya mengikut bahasa Arab ialah tafhim, yakni memberi faham. (kamus Muhith Juzu'(4) 268). Di dalam kamus Al-Marbawi, mengajar dan memberi ingat (255). Di dalam Al-Manjad maknanya lebih luas lagi yaitu memberi faham dan memberi ingat secara mulut dan dengan berhadapan satu sama lain.


Ada pun erti talkin menurut kitab-kitab Fiqah:
  1. Mengajar akan orang yang menghembuskan yang hampir-hampir mati dengan kalimah Tauhid (La'Ila-ha-Illallah).
  2. Mengingatkan orang yang sudah mati yang baru sahaja dikuburkan akan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi malaikat mungkar dan nakir yang akan datang menyoal apakala berangkat balik orang-orang yang menghantar ke kubur itu.
Kedua-dua erti inilah yang akan dibahaskan seperti berikut:


Pertama,
Orang yang menghadapi mati sewaktu nyawanya akan keluar meninggal tubuh sangat-sangatlah dikehendaki supaya ia ditalkinkan dengan kalimah Tauhid mengikut perintah Nabi s.a.w., syarah Muslim Juzu' (6) (219) yang bermaksud,


"Peringatkan orang yang hampir mati di antara kamu akan kalimah Lailahaillalah."




Tujuan diajarkan kalimah Tauhid ini ialah supaya ianya ada diharap dapat membaca kalimah itu di akhir kalamnya, kerana hadis bermaksud: 


"Barangsiapa yang di akhir kalamnya Lailahaillallah nescaya ia dapat masuk syurga."


Kedua
Sunat pula dibacakan Yasin kepada orang yang akan mati supaya memudahkan keluar rohnya seperti sabda Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud Juzu' (3) yang bermaksud,
"Bacakanlah Yasin kepada orang yang akan mati daripada kamu."
Perbuatan ini semua ulama Islam menghukumkan sunat.


- bersambung -

0 comments:

Post a Comment