Monday, February 1, 2010

Hukum membaca Bismillah....

Baru sampai bab nie baca buku Akidatun-Najin. (saper yg tau, mesti kata lembapnya baca buku)... :sigh....

Baru tau hukum baca bismillah tu ada 4 hukum:
1- Wajib
    Sewaktu membaca Al-Fatihah di dalam sembahyang.

2- Sunnat
Ketika mahu memulakan membuat pekerjaan yang disyara'kan tetapi bukan zikir semata-mata dan tidak dituntut syara' supaya dimulakan dengan selainnya.

3- Haram
Haram diucapkan dalam pekerjaan yang Haram Zaati bukan Haram Aradhi. Contoh Haram Zaati-mencuri, zina etc. Contoh Haram Aradhi- mengambil wudhu dgn air yg dirampas (air haram, perbuatan x haram)

4- Makruh
Makruh bila mengucapkan bismillah bila melakukan perkara yang makruh Zaati.


* membaca Bismillah semasa memulakan perbuatan haram Aradhi dan makruh Aradhi adalah sunnat.
(Rujukan: Akidatunnajin-m.s.6 )

Menurut Al-Quran yang amat mulia dan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :
"Setiap pekerjaan yang bererti tanpa dimulakan dengan Bismillah adalah: Abtar iaitu terpotong ekornya. Menurut riwayat lain: Aqtha' dan suatu riwayat lagi: Ajzam."
(Rujukan: Akidatunnajin (versi rumi) ms.3)

No comments:

Post a Comment