Thursday, November 25, 2010

Masalah Khilafiyah: Bahagian XI ; Fasal Talkin Mayat Sesudah ditanam

Masalah talkin ini sama-sama kita ketahui iaitu satu-satunya masalah yang telah lumrah yang terkenal di kalangan umat muslimin. Ianya telah diamalkan di nagara kita ini sudah ratusan tahun. Tapi masih ada yang RAJIN nak mempertikaikan hukumnya. Kali nie aku tak berhasrat nak salin semua sekali sebab panjang sangat. Aku akan quote trus dalil-dali yang diambil dari hadis, Al-Quran serta ijtihad ulama dari kitab yang sahih bermula dari muka surat 35.


Pertama, erti Talkin:
Talkin ertinya mengikut bahasa Arab ialah tafhim, yakni memberi faham. (kamus Muhith Juzu'(4) 268). Di dalam kamus Al-Marbawi, mengajar dan memberi ingat (255). Di dalam Al-Manjad maknanya lebih luas lagi yaitu memberi faham dan memberi ingat secara mulut dan dengan berhadapan satu sama lain.


Ada pun erti talkin menurut kitab-kitab Fiqah:
  1. Mengajar akan orang yang menghembuskan yang hampir-hampir mati dengan kalimah Tauhid (La'Ila-ha-Illallah).
  2. Mengingatkan orang yang sudah mati yang baru sahaja dikuburkan akan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi malaikat mungkar dan nakir yang akan datang menyoal apakala berangkat balik orang-orang yang menghantar ke kubur itu.
Kedua-dua erti inilah yang akan dibahaskan seperti berikut:


Pertama,
Orang yang menghadapi mati sewaktu nyawanya akan keluar meninggal tubuh sangat-sangatlah dikehendaki supaya ia ditalkinkan dengan kalimah Tauhid mengikut perintah Nabi s.a.w., syarah Muslim Juzu' (6) (219) yang bermaksud,


"Peringatkan orang yang hampir mati di antara kamu akan kalimah Lailahaillalah."




Tujuan diajarkan kalimah Tauhid ini ialah supaya ianya ada diharap dapat membaca kalimah itu di akhir kalamnya, kerana hadis bermaksud: 


"Barangsiapa yang di akhir kalamnya Lailahaillallah nescaya ia dapat masuk syurga."


Kedua
Sunat pula dibacakan Yasin kepada orang yang akan mati supaya memudahkan keluar rohnya seperti sabda Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud Juzu' (3) yang bermaksud,
"Bacakanlah Yasin kepada orang yang akan mati daripada kamu."
Perbuatan ini semua ulama Islam menghukumkan sunat.


- bersambung -

Thursday, August 26, 2010

Masalah Khilafiyah: Keterangan tentang Membaca Wirid-wirid Selepas Solat Fardhu.

Hari ini saya ingin memetik bahagian kelima risalah ini iaitu:

Keterangan tentang Membaca Wirid-wirid Selepas Solat Fardhu.

Bermula zikir-zikir dan wirid-wirid yang dikerjakan beramai-ramai atau berseorangan sesudah selesai daripada mengerjakan sembahyang fardhu, adalah telah dilakukan di merata-rata negeri Islam sudah beberapa lama di Mekah, Mesir, India, Pakistan, Patani, Malaysia dan Indonesia. Setahu kita tidak ada siapa yang mengganggu apatah lagi melarang. Tetapi di masa akhir-akhir ini ada yang mengatakan bid'ah berzikir dan berdoa selepas sembahyang.

Berikut di bawah ini kita bincangkan nas-nas dan dali-dalil tentang soal zikir dan wirid sesudah sembahyang.

1) Dari Surah Al-Ahzab ayat 41-42, yang bermaksud:

    "Wahai orang-orang yang beriman, sebutlah akan Allah dengan sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah
kamu akan dia di waktu pagi dan petang."

Ayat ini nyata dan jelas sekali memerintahkan orang-orang mukmin membanyakkan berzikir dan membaca tasbih di waktu pagi dan petang. Untuk praktiknya kita lihat kebanyakan kaum muslimin termasuk guru-guru dan ulama yang muktabar sesudah sembahyang fardhu Subuh sehingga naik matahari dan sesudah fardhu Maghrib beramai-ramai berzikir sehingga masuk waktu Isyak. Demikian dilakukan di merata-rata negara Islam.


2) Surah A' li Imran ayat 41, yang bermaksud:

    "dan sebutlah Tuhan engkau dan bertasbihlah pagi-pagi dan petang."


3) Surah An-Nisa' ayat 103, yang bermaksud:
    "Apabila kamu selesai daripada mengerjakan sembahyang, maka sebutlah olehmu akan Allah samada di waktu berdiri, duduk atau berbaring di atas limbung kamu."


Ayat ini amat jelas dan terang seperti siang hari, bahawa Allah menyuruh tiap-tiap mukmin supaya melakukan zikir dan tasbih sesudah selesai mengerjakan sembahyang. Kalau tidak sempat kerana banyak urusan yang mustahak, berzikir juga ketika berdiri untuk kepada satu-satu tujuan. Kalau ada kelapanganeloklah dilakukan sambil duduk, ini lebih sempurna kerana bertambah tetap dan khusyuk sekiranya mata mengantuk, badan letih penat bekerja, maka dilakukan juga zikir sambil berbaring.

Ayat ini juga secara tidak langsung tertolak perkataan ulama yang mengatakan perkataan zikir itu dengan sembahyang, kerana apa maksudnya menyuruh sembahyang selepas sembahyang dan tertolak pula perkataan di antara ulama itu juga yang mengatakan bahawa maksud zikir dalam ayat ialah berpidato atau bertabligh, mengaji-ngaji, berdiskusi, berceramah, kerana di dalam ayat itu berzikir. Maka zikir boleh dilakukan dengan berbaring, dan adakah orang bertabligh atau berpidato sedang ia berbaring?


Kacaulah kalau menafsirkan Al-Quran mengikut kemahuan sendiri.


Hadis riwayat Tarmizi daripada Ibn Abbas yang bermaksud,
"Barangsiapa menafsirkan Al-Quran tanpa ilmu yang berkenaannya maka bersedialah mengambil tempatnya di dalam Neraka."
Na'uzubillah...

4) Surah Ar-Ra'du, ayat 28, yang bermaksud:
    "Orang-orang yang beriman, maka tenteramlah hati-hati mereka dengan zikirullah. Ketahuilah bahawa dengan zikirullah itu mententeramkan hati."
Terang satu dari khasiat zikrullah itu ialah untuk menteramkan hati-hati yang sedang gelora dan gelisah. Memang zikrullah ialah satu-satunya penawar yang paling mujarab untuk menenangkan hati-hati yang gelisah, menenangkan fikiran yang kelam-kabut, kacau-bilau, mengurangi penyakit urat saraf. Sila cuba. Ahli-ahli zikir yang sebenar tidak gusar, tidak tenggelam punca, tidak rasa kecewa, tidak gugup dan sebagainya. Susah senang sama sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Till next post.. Macam panjang sangat nak absorb... sikit-sikit okay..

Petikan risalah: Alasan2 yang Kukuh pada menyatakan Dalil2 Masalah Khilafiyah

Risalah ini dikumpulkan selepas datang ajaran Kaum Muda ke Tanah Melayu membawa ajaran yang bertentangan dengan amalan kita umat Islam di Tanah Melayu yang sejak berkurun memegang Mazhab Syafiee dan Asy-Sya'irah.

Ianya dikumpulkan oleh Jawatankuasa Syari'ah Negeri Perak. Mufti pada waktu itu adalah Sahibus-Samahah Datuk Haji Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah (D.P.M.P.H.M.P).

Risalah ini juga telah menjadi salah satu syarat untuk semua ustaz-ustaz di negeri Johor mendapat pentauliahan untuk memberi ceramah.

Saya akan buat satu posting satu bab atau sebahagiannya untuk rujukan dan pengetahuan semua.

Segala komen dalam posting-posting ini saya takkan layan. Kalau kalian nak komen, sila komen pada penulis-penulis kitab-kitab yang saya rujuk.

Thursday, June 24, 2010

Pernahkah kita terfikir.... - Untuk kaum Hawa

"Kita berkenalan dengan seorang lelaki... Dia nampak warak, menjaga solat. Penampilannya juga sangat menyenangkan... TAPI.... suatu hari, ada kesempatan solat berjemaah.. cara solatnya mencurigakan kita sebab bercanggah dengan amalan kita yang telah kita pelajari dari ustaz dan kitab-kitab terdahulu.."
 
"APA YANG ANDA SEMUA AKAN LAKUKAN?"

Apa yang patut kita buat kalau setelah berkahwin baru kita sedar lelaki yang kita kahwini itu mengikut firqah bukan ahli sunnah. contohnya Syiah, Qadyani, dll.....

Friday, April 2, 2010

Beautiful Blogger Award

Rule No. 1:
Thank and link the person that gave you the award
Tang mana yang beautiful pun aku tak pasti. Tapi tetaplah aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat m-i-o atas award pertama dalam sejarah hidup aku sebagai blogger.


 Rule No. 2:
State 7 things about yourself
Tang yang nie aku tak sure nak story part mana, tapi aku try gak. So, here go the list:
1. Aku anak jati Johor yang dah terlekat xleh keluar dari negeri kelahiranku ini. Kenapa? Setelah bertahun-tahun aku try untuk keluar masih belum berjaya.

2. Aku suka kerja outdoor, tapi sekarang aku "terperangkap" dengan kerja in-door yg membosankan. ("kalaulah aku stay kat previous company kan best"). Tapi dah rezeki aku kat sini lebih baik, redha jek laa..

3. Aku sebenarnya suka menjahit dari aku kecik lagi.. sejak kat ofis x berapa ada kerja sangat aku dah mula menjahit semula (sikit-sikit jek). Tapi membaca lebih banyak memuaskan hati. Menjahit bila nak lepaskan tension sebab bila menjahit aku jadi macam absorb dekat jahitan tu aku leh lupa  problem lain.
4. Aku rindu thrill membina karier masa bujang dulu. Tapi sekarang aku fokus nak membina insan yang dah diamanahkan pada aku sekarang nie. Quite exciting, tapi takut tak tertanggung amanah yang besar itu.
5. Aku suka makan macam2. Tapi lately aku terpaksa layan selera orang lain dari layan tekak aku. Sebenarnya bosan dengan Malay food dan nak try mende lain, tapi ada orang x berapa pandai makan, so...layan....
6. Aku masih ada cita-cita yang tertangguh. Masih jauh lagi perjalanan itu rasanya. Harap sebelum umur pencen aku dah mencapainya.
7. Aku tak kisah anak aku nak jadi apa bila dia dah besar. Bagi aku yang paling penting dia membesar menjadi seorang insan yang soleh dan mendoakan aku dan bukan sekadar seorang manusia. Tak perlu jadi "orang besar-besar" tapi biarlah berjiwa besar.
Rule No. 3:
Pick another 15 blogger to receive this award:


Owin 

Tak tau nak bagi kat saper lagi dah nie... saper2 yang rasa nak amik, amiklah yek...



Thursday, April 1, 2010

Cerita tentang Dajjal di dalam Hadith..

Rujukan: Mukhtasar Ibnu abi Jamrah terjemahan Ustaz mustafa Abdul Rahman dari Kitab Al-Jami' Al-Sahih karangan Imam Al-Bukhari, terbitan Dewan Pustaka Fajar.
Hadis ke-85 dan 86.

HADITH 85

Daripada Abu Said Al-Khudri, daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam ia berkata: Turun Dajjal dan diharamkan (ditegahkan) atasnya memasuki pintu atau jalan Madinah. Ia turun pada sesetengah tempat kering dan tandus (yang tiada menumbuhkan tanaman) yang ada di luar Madinah. Maka keluar kepada Dajjal pada hari itu seorang lelaki yang ia adalah sebaik-baik manusia atau daripada sebaik-baik manusia lalu ia berkata: Aku saksikan bahawasanya engkaulah Dajjal yang telah menceritakan hal engkau kepada kami oleh junjungan Rasullullah Sallallahu 'alaihi wassallam aka ceritanya. Maka berkata Dajjal (kepada pengikut-pengikutnya): "Apakah fikiran engkau jika aku bunuh lelaki ini, kemudian aku hidupkan dia. Adakah kamu ragu-ragu di dalam perkaranya?" Berkata mereka: "Tidak!" Lalu ia membunuh akan dia kemudian dihidupkan dia kemudian berkata ia (lelaki yang dibunuh) ketika dihidupkan kembali dia: "Demi Allah! Tidaklah pernah sama sekali lebih ternyata begiku penglihatan sebagaimana pada hari ini." Maka berkata Dajjal: "Aku bunuhkan dia!?" Maka tiadalah dapat digagahi atasnya (yakni tidak dapat dibunuhnya lagi).

KETERANGAN
Hadith tersebut menerangkan bahawa Dajjal akan turun atau datang kelak, dan Dajjal itu diharamkan (ditegahkan) memasuki pihak pinti atau jalan Madinah. Kerana ini, dia turun di setengah tempat lapang atau tanah kering tandus; tanah masin yang tiada tumbuh padanya tanaman-tanaman di luar kota Madinah.

DAJJAL DIDATANGI OLEH LELAKI YANG SEBAIK-BAIK MANUSIA
Kemudian maka keluarlah (datanglah) kepada Dajjal itu pada hari kedatangannya seorang lelaki yang sebaik-baik manusia. Lelaki ini ialah Al-Khidir'Alaihisalatu wassalam, lalu berkata: "Aku saksikan bahawasanya engkaulah Dajjal yang telah pernah diceritakan oleh Junjungan Besar Nabi Sallallahu 'alaihi wassallam perihal engkau." Mendengar perkataan ini Dajjal pun berkata kepada pengikut-pengikutnya orang Yahudi: "Khabarkanlah kepada aku apakah fikiran engkau jika aku membunuh lelaki ini, kemudian aku hidupkan dia, adakah kamu ragu-ragu (syak) dalam perkara ini?!" Yakni dakwaan Dajjal bahawa dialah Tuhan. Jawabnya mereka itu dan orang-orang yang percaya kepadanya: "Tidak", lalu dibunuhnya lelaki itu kemudian dihidupkan dia. Oleh lelaki yang dibunuh sesudah dihidupkan dia, berkatalah pula: "Demi Allah! Tidaklah ada bagiku sama sekali suatu penglihatan yang lebih terang bagi aku daripada hari ini." Ertinya: Pada hari ini bertambah-tambah terang dan nyatalah bagiku dapat menyaksikan betul-betul kejadian yang seperti ini; iaitu bahawa satu daripada alamat-alamat Dajjal yang disebutkan Junjungan Sallalhu 'alaihi wassallam ialah menghidupkan kembali orang yang dimatikannya.

Setelah itu Dajjal pun berkata: "Aku bunuh akan dia?" Akan tetapi kali ini tidaklah dapat digagahinya atau diperkuasakan atasnya lagi; iaitu membunuh akan dia sekali lagi seperti yang dimula. Allah Azza wa Jalla telah melemahkan Dajjal itu kerana ini tidaklah ia dapat membunuh lelaki itu atau pun orang lain dan lemahlah dia.

HADITH 86

Daripada Anas bin Malik dari Nabi Sallallahu 'alaihi wassallam, ia bersabda: Tidaklah ada daripada negeri melainkan lagi dipijakkan dia oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Tidak ada baginya satu pintu daripada pintu-pintunya atau jalan-jalannya melainkan di atasnya ada malaikat yang bersaf-saf menjaganya. Kemudian bergerak-geraklah Madinah dengan penduduknya sebanyak tiga kali gerak. Lalu keluarlah kepadanya kesemua kafir dan orang munafiq.

KETERANGAN
Hadith tersebut menerangkan bahawa tidak ada sebuah negeri pun melainkan akan dipijak atau dilalui oleh Dajjal, yakni semua negeri dimasukinya kecuali Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Dalam suatu riwayat ada menerangkan bahawa tidak tinggal satu tempat melainkan akan dimasuki ke tempat itu oleh Dajjal kecuali Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis.

Junjungan Rasullullah dengan hadith tersebut menambah keterangan tentang Dajjal, iaitu tidak ada bagi Dajjal suatu pintu daripada segala pintu-pintu yang hendak dimasukinya melainkan di atas pintu itu ada malaikat yang bersaf-saf, berbaris-baris menjaga supaya jangan dimasuki olehnya.

Kemudian bergerak-geraklah (bergoncanglah) Madinah dengan penduduk sebanyak tiga kali gerak. Maka keluarlah kepada Dajjal itu tiap-tiap kafir dan munafiq. Tinggallah di dalamnya orang mu'min yang ikhlas hatinya dan tidaklah dapat Dajjal itu dapat menguasainya.

Dengan hadith tersebut dapatlah difaham bahawa inilah di antara mu'jizat junjungan Rasullullah. Junjungan telahpun mengkhabarkan satu kejadian yang akan berlaku di masa hadapan.

Monday, March 29, 2010

Segala Puji bagi-Nya

Ada orang pandaipandai kata memuji selain Allah tu syirik.. Meh sini aku nak bacakan kitab AkidatunNajin lagi..

Petikan dari muka surat 5 (versi rumi-sila refer di sini dan juga di sini untuk maklumat lanjut)

Makna Al-Hamdu Lillah, Selawat dan Salam

Puji-pujian itu terbahagi kepada empat:

Pertama : Oujian yang Qadim bagi yang Qadim iaitulah pujian Allah ke Atas diriNya sejak azali lagi.

Kedua : Pujian yang Qadim bagu yang Hadits iaitu pujian Allah Ta'ala ke atas Anbiya'Nya dan Auliya'Nya seperti firmanNya yang bermaksud:
"Sebaik-baik hambaKu itu ialah yang banyak bertaubat."

Ketiga : Pujian yang Hadits atau kejadian yang baru bagi (makhluk) yang Hadits iaitu manusia memuji manusia yang lain seperti dikatakan: "Si anu itu sebaik-baik manusia"

Keempat : Pujian yang Hadits bagi yang Qadim iaitu manusia memuji Tuhannya seperti berkata yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami hidayat."

Keempat-empat pujian ini hakikatnya kembali kepada Allah Ta'ala.


Ertinya pujian dari segi bahasa:

Iaitu pujian dengan kata-kata yang elok ke atas suatu keelokan ikhtiari sebagai satu sanjungan.

Dari segi istilah, pujian itu suatu perbuatan menyatakan sanjungan ke atas pemberi nikmat atas kedudukannya sebagai pemberi nikmat kepada orang yang memuji atau ke atas orang lain, sama ada pujian itu dengan kata-kata atau dengan hati atau dengan perbuatan anggota jasmani.

Rukun pujian itu lima perkara:

Pertama: Iaitu orang yang memuji.
Kedua: Pihak yang dipuji iaitulah Allah Ta'ala.
Ketiga: Iaitu sifat yang dipuji yang tsabit bagi Allah.
Keempat: Iaitu nikmat yang dipuji.
Kelima: Lafaz seperti mengatakan Alhamdulillah atau si anu itu pemurah.

Sekian...